Assalamualaikum, dan salam sejahtera..
Bermulanya post pertama hari ini tak lain hanyalah untuk perkenalkan diri..
Nama, Hatta Fadly. Umur, 28 tahun. Latarbelakang pendidikan, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan US..M. Haha. Course ambik masa 4 tahun untuk tamat. Asal dari Daro, Sarawak. Pengalaman bekerja, company oil & gas sebagai Mechanical Engineer selama 2 tahun 9 bulan.
Mula cuba-cuba dalam dunia perniagaan pada tahun 2012. Bermula dengan real bisnes kerana tak percaya bisnes alam maya (multi-level). Antara perniagaan yang pernah di ceburi ialah catalyst (direct sale), kebun sawit, gerai minuman (open-air di kampung) & physical gold (gelang, rantai, cincin).
Ternyata perniagaan direct sale bukanlah semudah yang disangkakan, di mana saya hanya berjaya buat sales sebanyak RM80/bulan dan menghasilkan untung sebanyak RM16. Saya tak pernah salahkan company dan introducer saya sebab ini salah saya sendiri kerana tak belajar untuk menjual. Saya ambil keputusan untuk berhenti menjual kerana merasa sangat susah dan menganggap itu bukan bidang saya.
Cubaan kedua ialah bisnes gerai minuman. Saya hanya mengeluarkan modal dan keseluruhannya dijaga oleh saudara saya. Dari perniagaan ini saya mendapat pulangan RM500/bulan. Paling tidak boleh cover minyak dan sewa rumah. Kegembiraan ini terhenti selepas 2 bulan disebabkan kesukaran saya untuk mencari ganti saudara saya. Jadi saya tutup perniagaan ini.
Cubaan ketiga, saya berjinak dalam dunia emas. Hari-hari tengok graf emas. Saya tidak berminat untuk melabur kerana tidak nampak fizikal emas. Sebaliknya, saya membeli dinar, barang kemas dan kijang emas. Usaha saya ini memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, jadi saya perlu menunggu. Untuk melihat perubahan harga emas, saya perlu tunggu 5 ke 10 tahun. Disebabkan saya terlalu malas menunggu, saya mula mencari peluang lain.
Percubaan keempat, menanam sawit di kampung. Saya hanya perlu mengeluarkan modal dan yang selebihnya akan diuruskan oleh bapa. Tempoh yang perlu ditunggun utk melihat hasil sawit adalah 3-5 tahun. Yang mana bagi saya satu tempoh yang cukup panjang. Jadi, saya mula melihat peluang lain.
Inilah sedikit cerita permulaan saya berniaga. Untuk info, saya mula berniaga seawal umur 14 tahun (jual fishball dan sosej). Dan ketika kawan-kawan yang sibuk mencari part time selepas SPM, saya memilih untuk berniaga burger di sekolah. Tidak hairanlah jika saya mempunyai minda berniaga.
Kenapa saya mengambil langkah drastik untuk jadi usahawan, berbanding kekal sebagai engineer akan saya kongsikan di sini. Tapi kena tunggu post seterusnya. Saya tergerak hati untuk menulis blog ini setelah membaca perkongsian Irfan Khairi di facebook beliau.
Semoga dengan kehadiran blog ini dapat memberi manfaat.
"Kejayaan multak adalah apabila anda boleh menguasai diri anda, bukan orang lain!"
Regards,
Hatta Fadly
No comments:
Post a Comment