Thursday, September 10, 2015

Halangan vs Cabaran

Kebanyakkan kita melalui kehidupan yang negatif hasil corak minda kita sejak kecil lagi. Sedar tak sedar, ketika kita di zaman kanak-kanak, kita sering dimomokkan dengan perkataan negatif dari orang yang sangat rapat dengan kita, iaitu ibu bapa. Kita selalu mendengar perkataan "jangan", "degil" dan banyak lagi perkataan negatif. Ini telah mendorong kita untuk berfikiran negatif. Perkara ini sesuatu yang normal. Disebabkan kehidupan yang normal ini, kita akan terdorong untuk melihat cabaran sebagai satu halangan untuk berjaya.

Memang tidak dinafikan, setiap kejayaan dimulai dengan "kehodohan". Tidak ada orang yang berjaya di dunia ini tidak nampak hodoh pada asalnya. Kita sendiri boleh lihat tokoh jutawan China, Jack Ma, jutawan saham, Warren Buffet dan jutawan perisian, Bill Gates. Di awal penglibatan mereka untuk mengubah kehidupan mereka pastinya nampak hodoh. Tapi akhirnya, mereka mengatasi segala kekuasaan kewangan yang ada di dunia ini. Tapi lagi hebatnya, tokoh-tokoh ini tidak menganggap kekayaan itu hanyalah milik mereka seorang sebaliknya berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Inilah kekayaan sejati yang patut ada dalam diri kita.

Kita sering menerima halangan ketika dalam perjalanan ingin menuju kejayaan. Kebanyakkan antara kita tidak sanggup menghadapi halangan ini dan akhirnya kita berputus asa. Putus asa adalah jalan paling singkat untuk melepaskan segala halangan yang pasti dapat membentuk kita menjadi insan yang lebih berguna. Kebanyakkan orang berjaya melihat halangan ini sebagai cabaran. Apakah beza halangan dan cabaran? Dari kata dasar ayat "halang" dan "cabar" sudah menunjukkan betapa berbezanya perkataan ini.

Contoh
Cuba halang dia dari mencapai garisan penamat.
Cuba cabar dia dari mencapai garisan penamat.

Daripada contoh ini, kita nampak perkataan halang menyebabkan kita merasa kurang semangat tapi perkataan cabar menyebabkan keinginan kita itu lebih berkobar-kobar.

Ramai orang bertanya, kenapa setiap kali aku nak berfikiran positif, pasti aku akan fikir negatif semula? Ini adalah normal. Kerana sepanjang hidup kita (contoh saya berumur 28tahun) 28tahun, kita memang terbiasa dengan negatif. Bagaimana pemikiran positif yang kita cuba bina dalam masa 28saat pasti akan kalah dengan diri kita yang 28 tahun. Nampak? Jadi, pemikiran positif ini hendaklah dibina secara istiqamah. Barulah kita mendapat pemikiran superpositif.

Sebagai usahawan/peniaga, minda positif amatlah penting untuk menarik sesuatu yang positif (untung) dan menolak yang negatif (rugi). Jika kita ubah cara pemikiran kita, cara kita bertindak akan mula berubah. Simple, cuba anda katakan "aku pasti boleh" dalam hati anda berulangkali. Satu getaran positif yang kuat akan menyebabkan anda rasa ingin bertindak ke arah kejayaan. Tak percaya? Inilah pemikiran negatif anda yang menyebabkan anda tidak bertindak sehingga sekarang!

No comments:

Post a Comment